Assalammualaikum warahmatullah,
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,
dek kerana kesibukkan peperiksaan, malam ini tidak banyak
yang inginku tintakan. sedang ku baca nota-nota ringkas berkaitan dengan subjek
opthamology dengan acuh tak acuh tetiba sahaja minda ku menerawang ke dalam
satu babak filem hindustan arahan Yash Johar.Dalam babak itu sempat ku kutip
beberapa bait-bait skrip yang agak berguna dan menjadi sumber inspirasi untuk
menghadapi peperiksaan pada esok hari. Sebetulnya, bait-bait skrip dalam babak
itu mengingatkan ako kembali sumber inspirasi ako sewaktu ako berada ditahun
pertama MBBS. Inspirasi yang menyalakan semangat ako untuk terus cemerlang
dalam pelajaran. Apabila pertama kali ako jejakkan kaki ketahun pertama dalam
jurusan perubatan ako bertekad untuk menghadiahkan ibuku segulung ijazah tanda
kecemerlangan ako dalam pelajaran. Itulah yang memberikan ako motivasi dan
inspirasi untuk meneruskan perjuangan ini. Dengan menjadikan ibuku sebagai
sumber motivasi untuk ako terus cemerlang dalam pelajaran dan alhamdulillah
cara itu berkesan padaku hanya pada suatu ketika. tapi entah kenapa semakin
lama semakin berkurang semangat ako untuk meneruskan jurusan perubatan ini.
Seakan-akan ako sudah hilang minat untuk meneruskan pelajaran. mungkin ako
sudah letih atau mungkin ako perlu "replenish" kembali sumber
inspirasi ini. Jadi ako harus siasat dan evaluasi diri kembali.
InsyaAllah
Sebenarnya kata-kata ini adalah sebuah nasihat seorang
abang kepada adiknya untuk terus cemerlang dalam apa jua yang adiknya akan
ceburi. kata-kata yang boleh kita hayati;
if you want to be someone in life,
if you want to achieve something,
if you want to win, always listen to your hear,
and if even that doesn't give you any answers,
close your eyes and think of your PARENTS,
and then you will cross all the hurdles,
all your problems will vanish,
victory will be yours,
only YOURS...
petikan dari filem kabhi khushi kabhi gham..
sekian wasalam
qiraf.