Friday 7 September 2012

ibuku inspirasiku


Assalammualaikum warahmatullah,
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,

dek kerana kesibukkan peperiksaan, malam ini tidak banyak yang inginku tintakan. sedang ku baca nota-nota ringkas berkaitan dengan subjek opthamology dengan acuh tak acuh tetiba sahaja minda ku menerawang ke dalam satu babak filem hindustan arahan Yash Johar.Dalam babak itu sempat ku kutip beberapa bait-bait skrip yang agak berguna dan menjadi sumber inspirasi untuk menghadapi peperiksaan pada esok hari. Sebetulnya, bait-bait skrip dalam babak itu mengingatkan ako kembali sumber inspirasi ako sewaktu ako berada ditahun pertama MBBS. Inspirasi yang menyalakan semangat ako untuk terus cemerlang dalam pelajaran. Apabila pertama kali ako jejakkan kaki ketahun pertama dalam jurusan perubatan ako bertekad untuk menghadiahkan ibuku segulung ijazah tanda kecemerlangan ako dalam pelajaran. Itulah yang memberikan ako motivasi dan inspirasi untuk meneruskan perjuangan ini. Dengan menjadikan ibuku sebagai sumber motivasi untuk ako terus cemerlang dalam pelajaran dan alhamdulillah cara itu berkesan padaku hanya pada suatu ketika. tapi entah kenapa semakin lama semakin berkurang semangat ako untuk meneruskan jurusan perubatan ini. Seakan-akan ako sudah hilang minat untuk meneruskan pelajaran. mungkin ako sudah letih atau mungkin ako perlu "replenish" kembali sumber inspirasi ini. Jadi ako harus siasat dan evaluasi diri kembali. InsyaAllah 

Sebenarnya kata-kata ini adalah sebuah nasihat seorang abang kepada adiknya untuk terus cemerlang dalam apa jua yang adiknya akan ceburi. kata-kata yang boleh kita hayati;

if you want to be someone in life,
if you want to achieve something,
if you want to win, always listen to your hear,
and if even that doesn't give you any answers,
close your eyes and think of your PARENTS,
and then you will cross all the hurdles,
all your problems will vanish,
victory will be yours,
only YOURS...


petikan dari filem kabhi khushi kabhi gham..

sekian wasalam

qiraf.

Friday 31 August 2012

LEMBING AWANG PULANG KE DAYANG

Tersebutlah kisah dahulu kala,
Tanah Melayu belum Malaysia,
di sebuah tempat Padang namanya,
jajahan Johor sudahlah lama.


Anak Bugis dan anak Melaka,
duduk setempat berkongsi rasa,
Penghulu Pabitah ketua mereka,
Orang Kaya Aris dihormat semua.


Seorang pemuda namanya Awang,
elok lakunya disayang orang,
sangat berani berhati garang,
handal bersilat mengalah pantang.


Awang dan Dayang jadi tunangan,
tigalah tahun sudah tetapkan,
wang belanja lelaki sediakan,
kain mastuli syarat pernikahan.


Demi memikul tuntutan adat,
Awang merantau menyeberang selat,
wajahnya Dayang di jiwa tersemat,
mengharap jodoh bersatu selamat.


Dayang berjanji setia menunggu,
Awang ‘kan pulang untuk bersatu,
ayah dan bonda memberi restu,
harapan Dayang cinta berpadu.


Hari berlalu tahun berganti,
kasih dirindu terus dinanti,
Awang di rantau hanya menyepi,
Dayang gelisah bimbang sekali.


Fitnah nan palsu mula tersebar,
Bacuklah orang pembuat onar,
kerana dengki dan kurang ajar,
ingin merampas si bunga mekar.


Putuslah ikatan Dayang dan Awang,
Bacuk pun datang masuk meminang,
sanggup berhutang keliling pinggang,
ingin miliki sri gadis Padang.


Pulangnya Awang dengan harapan,
segala syarat sudah dipenuhkan,
namun disambut berita kejutan,
gadis idaman bertukar tangan.


Remuknya hati hajat tak sampai,
janji terpateri telah dilerai,
marah merusuh dendam tersemai,
panas di dada tuntut dirungkai.


Sepasang lembing jantan betina,
pusaka Bugis pemberian raja,
diasam Awang ikut caranya,
buat pelihara adat senjata.


Sampailah masa orang berarak,
Awang pun nekad hendak bertindak,
lembing di tangan terus meradak,
Bacuk tersungkur darah membuak.


Awang berlari dendam terbalas,
lembing keramat terbiar bebas,
terbang sendiri membunuh nafas,
siapa yang dekat tidak terlepas.


Ayahnya Dayang turut terkorban,
lembing betina memang kelaparan,
darah lelaki jadi santapan,
di tangan Dayang tiba pengakhiran.


Lembing Awang pulang ke Dayang,
kisah lagenda sebutan orang,
menurut nafsu membawa malang,
harusnya akal diambil timbang.

dari LINTASAN HATI

Sunday 19 August 2012

Kesayuan itu adalah kekuatan

Azan zuhur sudah pun berkumandang.sepagi ako menghabiskan masa ako berseorangan.dari pulang dari masjid mendengar khutbah pagi raya ako hanya berseorangan di rumah.mesej ditelefon pun tidak begitu banyak pagi ini untuk mengisi kesepian.sepi ako di raya pertama.mak sibuk berkerja.ayah pula sudah lama tiada.adik dan anak2 saudara ke rumah mentuanya dari malam td.tinggallah ako berseorangan di rumah ini.sangat sepi.kosong tak terisi.melihat status2 kawan2 di tweeter dan gambar2 merek bersama keluarga cukup untuk mengacau hati ako.sedih melihat keadaan ako berbanding mereka.tidak layakkah ako bahagia walau di pagi raya.??walau begitu ako masih ada kekuatan menghadapinya.ako percaya kekuatan itu adalah dari Allah.

Kekuatan dari Allah
Pagi ini sedang ako berjalan kaki berseorangan ke masjid untuk solat sunat aidilfitri ako terserempak dengan seorang mak cik yang telah berusia.dia bekerja senagai seorang security guard.sayu hati bila ako melihat mak cik itu.longlai langkahnya ke security post itu untuk mula berkerja.dengan hanya berbekalkan susu sebagai bekalan di pagi raya.tiada ketupat atau Rendang atau kuih muih di pagi raya, menambahkan lagi kesayuan hatiku.tertanya-tanya ako kemanakah anak2 mak cik ini pergi.atau tidak berkahwin kah mak cik ini?pokoknya sayu melihat nasib mak cik ini di pagi raya ini.dan tidak kusangka kesayuan ini menjadi kekuatan padaku pada hari lebaran ini.


qiraf

Sunday 17 June 2012

Assalammualaikum

sudah agak lama tidak bertandang ke blog sendiri dek kerana kekangan masa dan peluang untuk menyinggah dan menintakan buah fikir rasa hati. Sekarang telah mula fasa hidup yang baru yang mana saya telah pun pulang ke malaysia untuk meneruskan pengajian dalam bidang MBBS ni. 2 tahun setengah di india terasa pendek bilamana setibanya saya di malaysia. tetapi saya sedar yang bahawa jika ada hilir pasti ada hulunya, setiap permulaan pasti ada pengakhirannya.

POLITIK
Di Malaysia tidak ada apa2 perubahan ketara yang saya lihat, cuma pergolakan dan pelbagai permasalahan timbul dari sistem politik negara. Saya bukan lah seorang yang arif dalam mebicarakan "fiqh siasah" atau bahasa lainya selok belok politik, tetapi sebagai seorang pemerhati saya boleh katakan sistem politik semakin "haru". berkaitan dengan itu, saya kini telah pun mencapai umur 23 tahun dan telah layak untuk mengundi pada tahun ini, tetapi kurang bernasib baik atau mungkin silap saya kerana tidak bergerak pantas dan khilaf terhadap peredaran masa, saya tidak berkesempatan untuk mendaftar sebagai pengundi. Pada cuti yang lepas saya telahpun ke pejabat pos untuk mengambil borang mendaftar sebagai pengundi tetapi malangnya borang telah kehabisan.tambah pula dengan tidak mengetahui yang sekarang ini boleh mendaftar melalui internet saya telah pun melepasakan peluang untuk mendaftar. walaubagaimanapun, mungkin ada hikmah disebalik ini, saya bertanya pada diri saya sendiri, kalau saya diberi peluang untuk mengundi parti manakah yang akan saya mengundi?jikalau saya pilih parti simpulan, apakah kriteria yang ada perti itu menyebabkan saya memilih parti itu?persoalan demi persoalan mula mencucuk minda. sehinggakan saya tetanya-tanya sudah betul2 bersediakah saya untuk menjadi sebahagian kecil dalam sistem politik.saya sedar bahawa wajib seseorang itu untuk mengundi dan memilih pemerintah suatu negara itu, tetapi islam itu adalah FLEKSIBEL. memang orang boleh kata undi kita sangat bermakna. walau dengan satu undi kita boleh merubah segalanya. orang akan selalu beri contoh dengan undi kita pihak yang patut menang itu boleh mengalahkan pihak lawan. tetapi mereka hanya melihat pada satu sudut, tidak terfikirkah mereka yang undi kita juga boleh menyebabkan pihak yang tidak sepatutnya menang boleh mengalahkan pihak yang benar jika kita tersalah mengundi. bagi saya negara masih memerlukan pihak pembangkang. mesti ada kedua-duanya untuk seimbang. kadang2 perlu mata-mata pihak pembangkang untuk membetulkan kesalahan pihak kerajaan dan pihak pembangkang perlukan suara2 dari pihak kerajaan untuk membaiki kelemahan mereka. Apa pun pada saya untuk mengundi perlukan ilmu juga, bukanlah memangkah "membabi buta" pada ruang kotak mengundi. mungkin orang akan kata penyataan ini hanya bagi menyedapkan hati, tetapi insyaAllah masa untuk saya menjadi seorang pengundi akan tiba kelak.



DAKWAH
berbanding di india, seakan terasa di Malaysia cabarannya sangat besar. Kawan2 sesama usrah di india seakan - akan telah berubah di Malaysia. terasa ukhwah yang dulunya di india semakin pudar bila di malaysia walau duduk di satu bumbung yang sama, di asrama kolej. bilangan yang menghadiri usrah semakin berkurangan. Mungkin sebab kebosanan usrah mereka memalingkan langkah supaya tak menjejakkan kaki ke usrah lagi.mungkin juga mereka terasa usrah dan tarbiyah adalah sesuatu yang tidak diperlukan lagi di Malaysia, sebuah negara islam. Sangkaan demi sangkaan mengetuk-ngetuk minda. SUBHANALLAH, sesungguhnya saya ini manusia lemah, manusia khilaf. suka bersangka - sangka sedangkan saya tahu telah tersebut dalam hadith "jauhilah olehmu prasangka buruk, sesungguhnya prasangka buruk itu adalah perkataan yang paling dusta" (H.R BUKHARI). tetapi saya tetap manusia, masih berfikir2 apakah sebab dan kelemahan yang ada sehingga mereka sudah hilang minat untuk ke usrah. kemanakah kekuatan usrah dan tarbiyah sudah hilang?beberapa orang pada mereka sekarang juga cuba mengelak dari menghadiri usrah. saya tak kisah jika mereka sendiri ingin tidak hadir tetapi jika sampai mengajak kawan2 yang lain untuk "ponteng" bersama. saya agak berpanas hati bila mendengarnya. Tambahan pula terdengar dari mulut seorang kawan yang menganut agama kristian. tergamaknya mereka berbuat demikian diahadapan seseorang sahabat yang beragama kristian? akhlak jenis apakah yang mereka cuba tonjolkan? sehinggakan pada ketika itu saya hampir futur dan putus asa terhadap kawan2 sendiri. tapi suara kecil hati membantah supaya teruskan dan jangan pernah berputus harap.mungkin ada ibrah yang saya perlu belajar dari situ. akhirnya, saya tidak ingin cari masalah yang saya hanya berharap adalah supaya keadaan menjadi lebih baik dari sekarang. AMIN.

wasalam

qiraf

Thursday 9 February 2012

Lama menyepi

Assalammualaikum,

Telah lama ruangan ini sunyi tanpa terisi, sepi tidak berinti. Mungkin kerana terlalu sibuk sehingga tidak ada masa untuk mengemaskini ruangan ini dengan mengisi apa yang ingin dikongsi. Sementara masuk waktu maghrib ,saya sendiri cuba untuk meluangkan sedikit masa untuk mengemaskini rangan blog ini. tetapi kali ini bukanlah bait-bait perkataan yang akan diletakkan dalam ruangan ini, dan bukan juga baris-baris perenggan karangan yang mahu ditaip tapi hanya ingin berkongsi beberapa gambar yang kita boleh tatapi bersama dan hayatinya. janganlah pandang pada gambar yang diambil tetapi cuba ambil ibrah dari gambar yang dipaparkan. gambar-gambar ini saya ambil sendiri ketika terlintas idea melihat objek-objek ini. dan saya letakkan sedikit ayat-ayat yang boleh kita ikhtibarkan bersama. tiba-tiba rasa minat pada fotografi. tetapi kamera yang digunakan bukanlah kamera mahal seperti D40 atau sebagainya. saya sendiri pun tidak tahu jenis-jenis kamera itu. kamera yang diguna hanyalah kamera telefon bimbit..

spektrum jalur senja langit ilahi

adil

seorang pelayar

bawang

cerita yusuf

demi matahari

lembut hati

lock unlock

masin dan tawar

nafsu

rumah api

sebatang kara

U jump I jump
 
wasalam,

qiraf

Sunday 1 January 2012

Assalammualaikum,


Masa terus bergulir dan ku berjalan tanpa henti,
Lumpur masih tercalit di kaki,
meninggalkan kesan terpalit di bumi,
Langkah ku atur lekas mencari,
Lautan maghrifah dari ilahi,
Berharap ombak dapat membasuhi kaki,
Hilang kambusi kesan tapak kaki di bumi,
Kendati ku berkhali,
Laut pasang ku kontemplasi diri,
Ku takuti akan retribusi,
Memang hidupku penuh dengan kontradiksi,
Hanya ku harap lemas dalam lautan yang ku impi.


qiraf

wasalam.