Sunday 17 June 2012

Assalammualaikum

sudah agak lama tidak bertandang ke blog sendiri dek kerana kekangan masa dan peluang untuk menyinggah dan menintakan buah fikir rasa hati. Sekarang telah mula fasa hidup yang baru yang mana saya telah pun pulang ke malaysia untuk meneruskan pengajian dalam bidang MBBS ni. 2 tahun setengah di india terasa pendek bilamana setibanya saya di malaysia. tetapi saya sedar yang bahawa jika ada hilir pasti ada hulunya, setiap permulaan pasti ada pengakhirannya.

POLITIK
Di Malaysia tidak ada apa2 perubahan ketara yang saya lihat, cuma pergolakan dan pelbagai permasalahan timbul dari sistem politik negara. Saya bukan lah seorang yang arif dalam mebicarakan "fiqh siasah" atau bahasa lainya selok belok politik, tetapi sebagai seorang pemerhati saya boleh katakan sistem politik semakin "haru". berkaitan dengan itu, saya kini telah pun mencapai umur 23 tahun dan telah layak untuk mengundi pada tahun ini, tetapi kurang bernasib baik atau mungkin silap saya kerana tidak bergerak pantas dan khilaf terhadap peredaran masa, saya tidak berkesempatan untuk mendaftar sebagai pengundi. Pada cuti yang lepas saya telahpun ke pejabat pos untuk mengambil borang mendaftar sebagai pengundi tetapi malangnya borang telah kehabisan.tambah pula dengan tidak mengetahui yang sekarang ini boleh mendaftar melalui internet saya telah pun melepasakan peluang untuk mendaftar. walaubagaimanapun, mungkin ada hikmah disebalik ini, saya bertanya pada diri saya sendiri, kalau saya diberi peluang untuk mengundi parti manakah yang akan saya mengundi?jikalau saya pilih parti simpulan, apakah kriteria yang ada perti itu menyebabkan saya memilih parti itu?persoalan demi persoalan mula mencucuk minda. sehinggakan saya tetanya-tanya sudah betul2 bersediakah saya untuk menjadi sebahagian kecil dalam sistem politik.saya sedar bahawa wajib seseorang itu untuk mengundi dan memilih pemerintah suatu negara itu, tetapi islam itu adalah FLEKSIBEL. memang orang boleh kata undi kita sangat bermakna. walau dengan satu undi kita boleh merubah segalanya. orang akan selalu beri contoh dengan undi kita pihak yang patut menang itu boleh mengalahkan pihak lawan. tetapi mereka hanya melihat pada satu sudut, tidak terfikirkah mereka yang undi kita juga boleh menyebabkan pihak yang tidak sepatutnya menang boleh mengalahkan pihak yang benar jika kita tersalah mengundi. bagi saya negara masih memerlukan pihak pembangkang. mesti ada kedua-duanya untuk seimbang. kadang2 perlu mata-mata pihak pembangkang untuk membetulkan kesalahan pihak kerajaan dan pihak pembangkang perlukan suara2 dari pihak kerajaan untuk membaiki kelemahan mereka. Apa pun pada saya untuk mengundi perlukan ilmu juga, bukanlah memangkah "membabi buta" pada ruang kotak mengundi. mungkin orang akan kata penyataan ini hanya bagi menyedapkan hati, tetapi insyaAllah masa untuk saya menjadi seorang pengundi akan tiba kelak.



DAKWAH
berbanding di india, seakan terasa di Malaysia cabarannya sangat besar. Kawan2 sesama usrah di india seakan - akan telah berubah di Malaysia. terasa ukhwah yang dulunya di india semakin pudar bila di malaysia walau duduk di satu bumbung yang sama, di asrama kolej. bilangan yang menghadiri usrah semakin berkurangan. Mungkin sebab kebosanan usrah mereka memalingkan langkah supaya tak menjejakkan kaki ke usrah lagi.mungkin juga mereka terasa usrah dan tarbiyah adalah sesuatu yang tidak diperlukan lagi di Malaysia, sebuah negara islam. Sangkaan demi sangkaan mengetuk-ngetuk minda. SUBHANALLAH, sesungguhnya saya ini manusia lemah, manusia khilaf. suka bersangka - sangka sedangkan saya tahu telah tersebut dalam hadith "jauhilah olehmu prasangka buruk, sesungguhnya prasangka buruk itu adalah perkataan yang paling dusta" (H.R BUKHARI). tetapi saya tetap manusia, masih berfikir2 apakah sebab dan kelemahan yang ada sehingga mereka sudah hilang minat untuk ke usrah. kemanakah kekuatan usrah dan tarbiyah sudah hilang?beberapa orang pada mereka sekarang juga cuba mengelak dari menghadiri usrah. saya tak kisah jika mereka sendiri ingin tidak hadir tetapi jika sampai mengajak kawan2 yang lain untuk "ponteng" bersama. saya agak berpanas hati bila mendengarnya. Tambahan pula terdengar dari mulut seorang kawan yang menganut agama kristian. tergamaknya mereka berbuat demikian diahadapan seseorang sahabat yang beragama kristian? akhlak jenis apakah yang mereka cuba tonjolkan? sehinggakan pada ketika itu saya hampir futur dan putus asa terhadap kawan2 sendiri. tapi suara kecil hati membantah supaya teruskan dan jangan pernah berputus harap.mungkin ada ibrah yang saya perlu belajar dari situ. akhirnya, saya tidak ingin cari masalah yang saya hanya berharap adalah supaya keadaan menjadi lebih baik dari sekarang. AMIN.

wasalam

qiraf

No comments:

Post a Comment