Tuesday 29 November 2011

Secebis


Ya Allah,kurniakanku
secebis nilai persahabatan saidina Abu Bakar,
Secebis keberanian saidina umar,
Secebis kedermawaan saidina Uthman,
Secebis kesetiaan saidina Ali.

Monday 28 November 2011

Dalam sujud..


Dalam sujud aku mengadu,
membisikkan resahku padaMu,
Dalam sujud aku merendahkan hatiku,
Sebagai subjek ciptaan  ku berserah diri padaMu,
Dalam sujud ku melekapkan ke tanah dahiku,
Kumengerti betapa  aku insan berinti jaharu,
Dalam sujud kuteringat sirah hidupku,
Satu persatu imej-imej kejahilanku menjemba bermain difikiranku,
Dalam sujud aku berdoa padaMu,
Dengan harapan kau dengarkan rintihan domba hambaMu,
Dalam sujud mengalir sungai air mata dipipiku,
Mengenang dosa-dosa yang membalutiku,
Wahai tuhanku, terimalah sujudku,
kerana aku sudah letih humbas dari ketentuanMu.



Dan Amr bin Ibnu Abasah mendengar Nabi  SAW bersabda:
“Tempat yang paling mendekatkan seorang hamba dengan Tuhannya adalah saat ia dalam sujudnya dan jika ia bangun melaksanakan solat pada sepertiga malam yang akhir. Karena itu, jika kamu mampu menjadi orang yang berdzikir kepada Allah pada saat itu maka jadilah.” (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan di-shahih-kan oleh At-Tirmidzi, Al-Hakim, Adz-Dzahabi, dan Al-Albani)


qiraf

Saturday 26 November 2011

A sailor’s prayer


Lord, behold over our family of seafarers assembled,
We thank thee for the ships in which we Dwell,
For the love and camaraderie that with us,
For the peace you accord us in daily lives,
For the hope which we expect the marrow,
For the health, the work, the food,
For the bright skies and calm seas that melle our lives delightful,
For our friends in all parts of the earth.
Thenk you Lord for the passage of time with these sailors,
Who have departed whom you have recalled,
Their memories are fresh and treasured.

AMIN

wasalam

qiraf

Sunday 13 November 2011

KATA-KATA NASIHAT IBN QAYYIM

~Di dalam hati manusia ada kekusutan yang tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak Allah s.w.t.
~Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali
berjinak dengan Allah s.w.t.
~Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai
kecuali berlindung,bertemu dan berjumpa denganNya.
~ Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha
dengan suruhan dan larangan Nya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan
sabar sehingga menemuiNya.
~Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan
kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
~Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati manusia itu


qiraf

Wednesday 9 November 2011

Untukmu..


Bukanlah ku impikan wanita secantik Ainul mardiah,
cuma cukup sekadar wanita yg menjadi impian firdausi seperti zinnirah,
wanita yg brsama susah senang umpama siti khadijah,
wanita seteguh Sumayyah,
wanita berhati srikandi bak Rabiatul adawiyah.
wanita yang tak memandang pada harta ibarat Halimatun saadiyah.




qiraf

Monday 7 November 2011

Cinta terpendam


Cinta terpendam,
membuat dunia menjadi kelam,
tak tersusun mengungkap kalam,
bertahajjud hamba dalam kesamaran malam.
agar diri tidak tenggelam,
memohon tuntunan pada tuhan sekalian alam.



qiraf

Thursday 3 November 2011

Ibu srikandi hati.

Tanggal 18 februari,
Tanpa suamimu disisi,
Kau berjuang seorang diri,
Untuk memberiku hirup udara di atas bumi,
Azan maghrib dari masjid negeri bisa kau dengari,
Dan itu juga azan kelahiran puteramu ini,
Tidak kau endahkan bisikan ijajil,
Kau terus berjuang untuk kotakan janji,
Janji seorang srikandi.



terinspirasi setelah melihat proses normal delivery hari ini.

wasalam
Qiraf

Sebilah bangsa, sebumbung Malaysia

Sebilah jenawi, tiga mata,
Tajam terhunus mencantas jaharu Negara,
Berkilau terang walau bukan di bawah lentera,
Menyilaukan mata, menggerunkan penjajah Negara,
Jasad bergetar, jiwa goyah,
Takut! Gentar! Seraya mereka berlari dan terus berlari,
Berlari tanpa arah, tanpa pijak tanah.

(pendeklamasi berbangsa melayu)
Wahai kaumku,
Jangan kau leka, hanya duduk bersila, bersimpuh di desa,
Walau berpijak di bumi melayu,
Usah kau fikir kau di tanah selesa,
Mungkin saja kau hilang ketuanan,
Andai kau terus bercendera.

(pendeklamasi berbangsa cina)
Wahai kaumku,
Kita buka kembali lembaran sejarah,
Kita berjemba ke bumi Malaya,
Sedang tapak tangan kita kosong tiada apa-apa,
Dari hanya memegang dulang gangsa,
Tapi sekarang, ekonomi Negara dalam genggaman kita,
Jangan kita angkuh dan lupa,
Berpijak di bumi mana.

(pendeklamasi berbangsa india)
Wahai kaumku,
Usah kau mengasingkan diri,
Ayuhlah berganding bahu, bersama berdiri,
Seiring, sehati, bersama mereka,
Berdiri gah Negara di kemudian nanti.

(ketiga-tiga bangsa)
Duhai bangsa-bangsaku,
Kita sebialh jenawi, tiga mata,
Sebilah bangsa, sebumbung Malaysia.

hasil nukilan sepetang bersama Afifah Amri di kursus kepimpinan pelajar...

kembara memimpin diri.


Assalammualaikum..

Sekadar mahu berkongsi pengalaman yang telah lalui minggu lalu. Mendapat arahan dari pihak MARA secara tiba-tiba untuk mencari beberapa pelajar Manipal untuk menghadiri kursus kepimpinan. Untuk sampai ke tempat kursus memakan masa hampir 12 jam perjalanan yang menyebabkan kebanyakkan dari mereka berasa berat hati untuk pergi. Puas mencari beberapa pelajar untuk memenuhi kuota yang telah ditetapkan tapi akhirnya masih tidak mencukupi.
Pelbagai kekangan, cabaran dan pengajaran yang dapat sebelum, semasa dan selepas kursus itu dijalankan. Sebelum pergi ke tempat kursus, disebabkan bilangan peserta yang ramai dek kerana terdapat dua kontijen iaitu kontijen dari manipal dan kontijen dari mangalore. Jumlah peserta hamper mencecah 40 orang dan terpaksa mengambil sebuah bas untuk ke tempat kursus. Pada awalannya, untuk keselesaan cuba untuk mencari bas “sleeper class” tapi malangnya tidak dapat untuk menyewa bas sebegitu kerana telah pun tiket habis dijual. Kerana pada masa itu hanya tinggal beberapa hari lagi untuk penduduk india menyambut sambutan deepavali. Bas yang terbaik yang dapat disewa adalah bas “seated “ sahaja. Tapi nak dapatkan macam-macam kerenah tempe harus saya sabarkan . Pada mulanya mereka telah bersetuju untuk menyediakan bas untuk kami tetapi bila pergi pada petang hari untuk berurusan, mereka kata bas yang telah dijanjikan telah digunakn untuk tujuan yang lain. huh! Agak geram sebentar bila mereka tidak tepati janji mereka. Tapi bila fikirkan kembali setiap perkara ada isi tersirat. Mungkin sahaja saya pernah tidak tepati janji pada orang lain dan maka Allah pulangkan kembali kepada diri ini. mungkin sahaja. Tetapi akhirnya Alhamdulillah dapat sebuah bas untuk ketempat kursus.
Perjalanan jauh di india menaiki bas agak mencabar. Solat subuh kami hanyalah di atas bas. Hanya berbekalkan air sebotol, saya meminta untuk bas berhenti sebentar untuk kami mengambil wuduk. Pemandu bas berhenti kerana mereka sangkakan kami yang lelaki ingin membuang air kecil. Memang menjadi tabiat penduduk india untuk membuang air kecil di mana sahaja mereka ingin kan. Selepas semua berwuduk, kami naik semula ke atas bas dan kami solat dengan harapan solat kami insyaAllah diterima oleh Allah. Pada zaman sekarang, memang populasi islam semakin meningkat, tetapi hanya beberapa kerat sahaja yang menjaga solat. Ada yang menjaga tetapi dilihat juga bagaimana solat itu dikerjakan. Adakah sekadar melepaskan batok di tangga?adakah mengerjakan solat hanya ingin mencukupkan rukun islam yang kedua?berapa kerat dari kita yang pernah evaluasi solat kita?menanyakan diri sejurus selesai solat yang adakah Allah menerima solat kita. Ini hanyalah soalan ritorik yang tak perlukan jawapan tapi hanya perlukan keinsafan.  

21/10/2011
Kami tiba di tempat kursus seawal  7.30pagi. pihak urusetia tidak menyangka yang kami akan tiba seawal waktu itu. mereka agak kelam kabut apabila kami tiba seawal itu kerana mereka belum melakukan apa-apa persiapan. Tetapi tidak boleh menyalahkan mereka kerana mungkin sahaja mereka letih tidak cukup tangan menguruskan kursus ini. kursus bermula selepas solat zuhur dikerjakan secara berjemaah. Mulanya kami ingin melakukan solat jumaat tetapi disebabkan bilangan tidak mencukupi kami hanyalah boleh melakukan solat zohor.
Aktiviti pertama yang tercatat pada buku aturcara adalah riadah petang. Sebaik sahaja pembahagian kumpulan dijalankan kami diarahkan ketempat yang berasingan dengan kumpulan lain. hanya terdapat 3 kumpulan dan dukacita nya ada pencampuran jantina dalam satu kumpulan. mungkin seorang yang sangat alim akan mengatakan atau melarang perkara sebegitu berlaku. Tetapi bagi saya, kalau dilihat dari aspek yang lain mungkin sahaja kita boleh mengambil peluang untuk praktis ilmu tentang batasan lelaki dan perempuan. Cuba untuk berfikiran positif.
Pada petang itu dengan tiba-tiba telah dipilih dan diundi untuk dijadikan mascot kumpulan. saya tidak kisah untuk menjadi mascot kumpulan tetapi apa yang mengisahkan saya adalah sewaktu “menghiaskan” saya, mereka yang bergelar muslimat kurang menjaga tatatertib seorang wanita islam. Seakan-akan bersentuhan antara lelaki dan perempuan adalah perkara biasa bagi mereka. Moga Allah mengampuni dosa-dosa kami.

Pada malam itu pula, terdapat satu lagi aktiviti yang kurang menyenangkan dan tidak wajar untuk dijalankan apabila ahli kumpulan terdiri dari 2 jantina yang berbeza. Sekali lagi kulit bersentuh kulit dan reaksi mereka kepada situasi itu hanyalah biasa-biasa sahaja. salah satu prinsip saya tercabar, iaitu hanya akan menyentuh wanita yang halal bagiku. Pada malam itu Alhamdulillah saya memahami satu larangan Allah iaitu menjaga batasan dalam pergaulan lelaki dan perempuan. Bagi seseorang yang tidak pernah menyentuh wanita, dan apabila menyentuh mereka pasti akan ada perubahan biochemical dalam badan. Dan oleh sebab itulah Allah melarang kita daripada mencemari batasan lelaki dan perempuan. Tiada manusia yang tidak bernafsu tetapi apa yang manusia boleh lakukan adalah mengawal nafsu dan jangan biarkan nafsu menjadi qiblat kehidupan sendiri.

22/10/2011
Seawal jam 5.15pagi telah terjaga dari tidur. Apa yang tercatat pada buku tentatif adalah solat subuh berjemaah pada jam 5.30pagi. tiba di musolla, bilangan makmum lelaki dapat dikira dengan jari sebelah tangan sahaja. saat itu agak kecewa dengan pihak urusetia dan peserta. Katanya kursus kepimpinan tetapi mengapa aspek agama kurang dititikberatkan. Bagi saya, pemimpin mesti seorang yang hebat dan salah satu criteria untuk melihat seseorang yang hebat adalah bagaimana solat subuhnya dilakukan.tertanya-tanya dalam dasar hati, pemimpin bagaimanakah yang ingin mereka lahirkan?kalau ingin melahirkan pemimpin seperti sultan Muhammad Al-Fateh sesungguhnya kursus ini kearah kegagalan.
Pada malam itu, mereka membuat parti mengelilingi unggun api. Sekali lagi batasan lelaki dan perempuan tidak pula dijaga. Saya dan rakan saya zarif, agak mengalami “culture shock” kerana di manipal tidak pula melihat situasi sebegini dalam kalangan pelajar-pelajar islam. Apa yang hanya kami dapat lakukan adalah cuba mengasingkan diri dari mereka. Kadang-kadang apabila melihat mereka teringat pula pada diri sendiri sewaktu masa dahulu. Sewaktu agama bukanlah dijadikan panduan hidup, masih terkapai-kapai dalam lautan kiryah, dalam lumpur danur, terafsun dengan nikmat dunia. Mujur seorang teman menghulurkan tangan menarik dari lemas dan terus hanyut. Tidak pula saya memandang serong pada mereka kerana mereka golongan yang belum mengerti dan memahami. Kata lain, tidak akan ku kecam mereka kerana ketidaktahuan mereka.

23/10/2011
Pada hari akhir kami bergerak pulang ke manipal seawal 9.00pagi. Alhamdulillah walaupun banyak perkara negative dikutip di kursus tersebut, tetapi kami masih dapat belajar sesuatu dari perkara-perkara itu. dan apa yang kami alami di tempat kursus tidak semestinya akan kami alami di tempat kami sendiri. Akhirnya dapat disimpulkan “sometimes we have to learn from the dark side, because not all things we can get from the good side.”



Wasalam

Qiraf