Tuesday 20 December 2011

Pilihan



Assalammualaikum,

Kehidupan adalah tentang pilihan. Saban hari bermula dari celik mata pada pagi hari kita secara tidak sedar telah membuat keputusan. Sama ada mahu bangun untuk solat subuh atau tidak, sama ada mahu solat subuh di masjid atau di rumah sahaja, sama ada mahu membaca al-quran atau tidur semula, dan banyak lagi. Setiap apa yang kita kerjakan sepanjang hari adalah sebenarnya pilihan kita sendiri. Mungkin kadang-kadang kita merasakan sesuatu perkara itu kita terpaksa patuhi dek kerana kuasa atasan dan ianya bukan pilihan kita, tetapi kemudiannya kita sendiri yang membuat keputusan untuk mengikutinya walau tidak rela.

Selalunya kita merasakan sesuatu pilihan atau keputusan yang dibuat oleh kita sediri  adalah keputusan yang terbaik dan pilihan yang dibuat oleh individu lain untuk kita adalah suatu ketidakadilan bagi kita. Tidakkah kita terdetik yang mungkin pilihan yang kita buat sendiri itu akan mendatangkan kemudharatkan atau ianya adalah satu pilihan yang salah.Tidakkah kita pernah merasakan pilihan individu lain mungkin adalah pilihan yang terbaik untuk kita walau diri kita menafikannya.Senario yang telah saya tintakan adalah hanyalah sebahagian dari apa yang terjadi dalam hidup kita. Apa yang saya cuba ketengahkan adalah sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh individu lain sebenarnya mengandungi pilihan untuk kita, iaitu sama ada kita mahu mengikutinya atau tidak. Adalah sesuatu yang klise apabila sesuatu pilihan yang dibuat adalah pilihan yang salah, kita cenderung untuk menyalahkan mereka yang memilih sedangkan kita tidak sedar yang kita juga telah menjadi sebahagian dari mereka kerana memilih untuk menuruti pilihan mereka.

Sebahagian dari kita mungkin merasakan yang orang lain tidak boleh sama sekali membuat pilihan untuk kita. Tubuh kita, badan kita tentulah kita sendiri yang lebih arif pilihan yang mana lebih baik untuk diri. Tetapi tidakkah kita merasakan bahawa manusia itu adalah insan yang lemah, insan yang cetek pemikirannya. Keputusan yang terbaik adalah keputusan yang dibuat berdasarkan pengalaman dan ilmu pengetahuan bukan hanya bertulang belakangkan nafsu dan emosi semata-mata. kebanyakkan dari kita tersalah membuat perkiraan kerana dikuasai nafsu dan emosi. Tidak salah beremosi tetapi kadang-kadang terlalu beremosi boleh memudharatkan diri.Itu mesti diingati.

Pernah kita merasakan yang pilihan yang kita buat adalah pilihan yang salah dan tidak mendatangkan kebaikkan pada diri. Tetapi mungkin sahaja pilihan itu adalah pilihan yang terbaik untuk kita pada masa itu. Justeru mungkin kita pernah  tertanya-tanya kenapa Allah pilih kita masuk ke dalam keluarga yang kita ada sekarang? Pernah atau tidak kita terfikir kenapa Allah letakkan kita dalam kelompok manusia yang kita ada sekarang? Pernahkan kita terfikir kenapa Allah ketemukan dengan sahabat yang kita ada sekarang?Pernahkah kita terfikir kenapa Allah lahirkan kita kedunia kedalam keluarga yang kita ada sekarang sedangkan itu semua bukan pilihan kita dan ianya adalah pilihan Allah.Jawapanya mudah, kerana Allah maha mengetahui dan hanya dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Akhir kata, sesungguhnya pilihan dalam dunia ibarat ujian dari Allah. Allah yang memberikan dan menyediakan pilihan dan kita yang memilih. Sama ada kebaikkan atau keburukkan. Sama ada mahu ke syurga atau neraka. seperti mafhum surah 90(al-balad) ayat 10 yang menyatakan;

dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan).
                                                                                                                         surah 90: 10


wasalam,
qiraf

No comments:

Post a Comment