Saturday 11 May 2013

Coretan Diari Hati

Assalammualaikum,

Samar-samar azan subuh pagi ini hampir tidak kedengaran. Mata ku buka dan selimut ku selak lantas ke pili air untuk berwuduk. Dingin air mengalir di wajah sesudah semalaman tidur amat menyegarkan. Tidur ku semalam tidak berapa lena dan asyik sahaja terjaga. Entah kenapa atau mungkin terlalu banyak berfikir hingga tidur malam pun terganggu. Memang benar terlalu banyak yang ako fikirkan akhir-akhir ini dan agak sukar untuk think straight. Adakalanya rasa cemburu melihat kanak-kanak yang masih tidak mengerti apa-apa bermain riang tanpa memikirkan apa-apa dan mereka sedikit pun tidak runsing akan apa-apa perkara. Lain pula seseorang yang sudah bergelar dewasa, semestinya satu-persatu permasalahan akan datang dan pasti kita akan runsing mencari penyelesaiannya. Walau bagaimanapun, ada juga antara kita yang langsung tidak cuba untuk mencari penyelesaian tetapi kita lebih gemar membiarkannya dan ada juga yang lari daripadanya. Seperti diriku, sering kali ako lari daripada permasalahan. Bukan ako tidak mahu menyelesaikan tetapi ako takut untuk mencuba menyelesaikannya. Dikhuatiri semakin ako cuba leraikan kusutan ikatan, semakin ketat kekusutan itu. Kalau di india dulu ada beberapa tempat yang ako sering berkunjung untuk mengasingkan diriku supaya dapat ako membeli sedikit masa untuk diriku untuk berfikiran lurus semula. Tetapi di Malaysia, belum lagi ako temukan satu tempat yang amat serasi denganku untuk ako tuai ketenangan dari tempat itu.

Melarikan dari permasalahan sebenarnya bukanlah menandakan seseorang itu bacul, tetapi kadang-kadang kita perlu mengundur diri pada mulanya untuk kita mangambil masa untuk mencari ketenangan sebelum mencari jawaban. Tetapi ako khilaf yang masa yang diambil tidak boleh terlalu lama kerana adakalanya suatu permasalahan ianya seperti barah yang akan membesar kemudian akan merebak dan akhirnya tiada penawar yang boleh menyembuhkan. Time does matter actually.

Ada orang kata supaya kita kongsikan permasalahan kita bersama orang lain supaya bila dipikul bersama lebih ringan permasalahan itu. Masalahnya bagi ako adalah yang ako tidak gemar untuk memberatkan bahu orang lain. Biarlah bahu ako sendiri yang terasa sakit dan sengal memikul beban sendiri. Memang ako jenis yang sangat berahsia, dan ako lebih suka begitu. Sejak di tingkatan satu lagi ako hormat pada prinsipku sendiri yang ako tidak akan menceritakan permasalahan ku sendiri pada orang lain. Kerana ako percaya yang prinsip ako ini membuatku menjadi kuat dan tabah. Di kanta orang lain ako tidak ingin diriku dianggap sebagai seorang yang perlu dikasihankan ataupun lemah. Jadi biarlah ako tanggung semuanya sendiri walau berat manapun ianya. Tempat pergantunganku hanyalah pada Rabbku. Dialah yang memberiku ujian ini dan hanya pada Dialah ako akan mendapat jawaban kepada permasalahan ku ini. Semetara itu apa yang ako perlukan adalah kekuatan dan itulah perkara yang ako mohon dalam setiap solatku..


Tidak ada keupayaan dan kekuatan melainkan (Iradat dan Kudrat) Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment