Monday 6 May 2013

The Puzzle which does not fit.



Assalammualaikum

Hari ini merupakan hari pertama selepas tamatnya pilihanraya Malaysia yang ke 13. Pilihanraya kali ini banyak kelainannya. Pendek kata, deligasi pembangkang semakin kuat dan barisan kerajaan sudah mula terancam. Walaubagaimanapun, kali ini bukanlah ingin membicarakan tentang kehangatan proses dan keputusan pilihanraya, mahu keluar sebentar dari kepompong politik. Apa yang ingin dinyatakan adalah sesuatu yang sedang membarah di hati dan menganggu jiwa sejak dua minggu yang lalu. Ianya perkara yang tampaknya mudah, hanya sepotong hadis yang dibacakan sewaktu khutbah jumaat dua minggu yang lalu.;

فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ
"Apabila sudah hilang amanah maka tunggulah terjadinya kiamat". Orang itu bertanya: "Bagaimana hilangnya amanat itu?" Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka akan tunggulah terjadinya kiamat". [ Sahih Bukhari ]

sepotong hadis yang mudah tetapi cukup untuk menganggu fikiranku. Belum sempat untuk cuba mencari jawapan kepada kekeliruan, sekali lagi potongan hadis ini diulang baca didalam khutbah jumaat yang lepas. Sejujurnya ako tersentak dengan potongan hadis ini seakan-akan ianya disampaikan untuk ako. Bukannya sekali ako dengari potongan hadis ini tetapi dua kali dalam masa 2 minggu dan ianya cukup untuk buat ako tertanya-tanya adakah ako termasuk dalam golongan "bukan ahlinya" sepertimana potongan hadis demikian. 

Ako sudah terlibat dengan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti usrah dan mula memegang tampuk pimpinan persatuan agama sejak lebih kurang 2 tahun yang lalu. Pada mulanya ako dipilih untuk memegang jawatan naib pengerusi suatu persatuan pelajar-pelajar muslim di kampus india. Pemilihan itu bukanlah pilihan majoriti atau melalui suatu sistem perlantikan sepertimana untuk jawatan yang lain. Pada mulanya ako terpaksa menerima jawatan setinggi itu kerana perasaan untuk menolong kawan. Sebenarnya ada orang lain yang tercalon untuk menyandang jawatan setinggi itu, tetapi ako diminta untuk mengantikan dan mengisi jawatan itu setelah calon sebenar untuk jawatan itu meminta untuk ako menggantikan dan menerima jawatan itu. Pada mulanya ako teragak-agak untuk menerima dan meragui diri sendiri.Di satu sudut hati ada suara-suara membisik yang ako bukan lah orang yang layak untuk jawatan itu. Ako masih mentah dalam hal-hal yang melibatkan keagamaan,ako bukanlah datang dari keluarga yang mengamalkan islam adalah cara hidup dan ako bukanlah datang dari sekolah agama yang subjek agama islamnya adalah subjek teras dalam modul pendidikan mereka. Perbahasan demi perbahasan berlaku dari suatu sudut ke suatu sudut dalam hati. satu bahagian hati cuba memenangi dan meyakini satu bahagian hati yang lain.Akhirnya ako menerima jawatan itu dengan mempunyai "set" diminda yang mungkin ini adalah jalan untuk membaiki diri dan Tuhan merancang ini untuk diri ako.Ako telah dipilih oleh Allah untuk memegang jawatan ini".

Agak lama ako memegang jawatan ini sehingga diserahkan pada tampuk pimpinan yang lain. Selain dari itu, ako juga melibatkan diri dalam usrah-usrah sesama pelajar islam dikampus. Ako diminta sekali lagi untuk menguruskan usrah-usrah adik-adik junior batch 27 dan juga 28. Ako mula menepuk dahi apabila ako diminta untuk menguruskan usrah mereka. "ako menjadi naqib??", ako meragui kredibiliti ako untuk menjadi seorang naqib atau pembimbing usrah. Ilmu agama ako tidaklah seberapa dan ako masih lagi terencot-encot untuk belajar. Pendek kata, ako bukanlah orang yang tepat untuk kerja itu. Walaubagaimanapun, ako sekali lagi terasa terpanggil untuk menyahut permintaan itu atas alasan tiada siapa ingin mengurukan urusan usrah mereka. tak pe lah anggap sahaja sebagai satu proses belajar dan ianya satu cabaran, berbisik hati kecilku untuk meredakan kekusutan ini. Diam tak diam, ako terus menguruskan usrah mereka dan sejujurnya banyak yang ako pelajari. Tapi kadang-kadang terjentik juga hati tentang effektif usrah-usrah yang ako uruskan. Itu hanya Allah yang tahu.

Kini adik-adik junior batch 27 sudah tiba di kampus melaka dan ako sekali lagi diminta untuk meneruskan mengambil dan menguruskan urusan usrah mereka. Ako cuba untuk meminta orang yang lebih layak dari ako untuk menguruskan urusan itu, tetapi penolakan yang ako terima. Tetapi tak pe lah, ako yakin Insya Allah yang ako boleh meneruskan urusan dakwah usrah ini sepertimana ako lakukan di kampus india. Tetapi baru-baru ini sekali lagi ako di 'tampar' dengan sepotong hadis ringkas dari Rasulullah dan cukup untuk ako mengusulkan persoalan demi persoalan sehingga ako meragui diri ako sendiri. Ako tertanya-tanya adakah ako tergolong dalam "bukan ahlinya" sepertimana dalam hadis itu. 

No comments:

Post a Comment