Monday 3 October 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah lama rasanya hati membisik memujuk untuk menulis kembali tetapi ada sahaja gandal yang mengekang. Alhamdulillah akhirnya diberi peluang untuk menjawab kembali bisikan hati untuk menulis walau sekian lamanya. Walaupun agak "tumpul" sudah irama bahasa tetapi masih mencuba untuk menajamkan kembali. 

Sebetulnya tidak terlintas apa2 idea dalam minda dan tidak pasti bagaimana untuk mulakan blog ini..ada yang katakan mulakan dengan sajak dan ada yang katakan mulakan dengan pantun tetapi teringat pula pesanan emak yang mana selalu emak berpesan, 'apa2 mulakan dengan bismillah ye bang...' emak selalu berpesan kemana sahaja kaki ingin melangkah, walau apapun pekerjaan yang akan dilakukan, mulakan dengan bismillah. InsyaAllah akan ada manfaat dari apa yang kita kerjakan dan insyaAllah dapat perlindungan dari malaikat dan tuhan. Ingin saya berkongsi sebuah pengalaman sendiri yang mana hampir-hampir ditimpa kemalangan. Pada satu malam, sedang saya menunggang motor dengan laju di satu jalan yang gelap, hampir-hampir saya melanggar sebuah tembok setinggi lutut yang terletaknya ditepian jalan. Saya memecut kerana dihadapan terdapat bukit dan oleh sebab itu saya menambahkan kelajuan motorsikal..Keadaan jalan sangat gelap  dan ditambah pula hari yang hujan menyebabkan penglihatan pada waktu malam agak kabur dan saya kurang pasti apakah yang ada dihadapan walaupun lampu motor telah dipasangkan. Sebetulnya jalan itu baru sahaja ditarkan kembali oleh sebab kondisinya yang teruk. oleh itu garisan putih pembahagi jalan belum lagi dilukis. Jadi saya menunggang motorsikal betul-betul ditepi bahu jalan untuk mengelakkan kekeliruan berlaku. Akan tetapi saya terkejut yang tiba-tiba terdapat sebuah tembok setinggi lutut berada 4 meter dihadapan dan lantas saya mencuba untuk berhenti dan alhamdulillah enjin motor terbehenti dengan sendiri dan saya berjaya mengelak dari melanggar tembok tersebut. Kedengaran juga suara geseran tayar pada jalan yang telah menarik perhatian orang ramai yang berada di kedai-kedai tepian jalan..Rasa agak malu juga timbul disitu kerana orang memandang-mandang tetapi rasa bersyukur juga timbul disebalik rasa malu itu. Ingin saya kongsikan bahawa bagi saya, saya dapat mengelak musibah ini disebabkan kekuatan bismillah yang saya lafazkan sebelum menaiki motorsikal dan rasa yakin yang Allah akan melindungi hambaNya yang percaya akan kekuatan kalimah suciNya ini.

Cerita saya ini bukanlah satu-satunya cerita yang menunjukkan kekuatan kalimah basmallah. Terdapat sepasang suami isteri yang mana isterinya rajin mengucap kalimah basmallah dalam segala perkara yang dia lakukan. walaubagaimanapun suaminya kurang menyenangi akan tabiat isterinya lalu mengambil keputusan untuk menzalimi isterinya dengan meletakkan seekor ular didalam bakul yang bertutup dengan harapan isterinya akan dipatuk apabila membuka bakul itu. Lalu, tidak lama kemudian datang si isteri dan membuka tudung bakul untuk melihat apa yang ada didalam. Seperti biasa si isteri membuka dengan mendahulukan lafaz bismillah dan dia berasa terkejut apabila melihat rantai emas didalam bakul yang awalnya berisi ular. Dia sangkakan suaminya ingin membuat kejutan padanya dan lalu si siteri berterima kasih pada suaminya. Si suami berasa pelik lalu pergi membuka tudung bakul. Malangnya apabila si suami membuka tudung bakul, dia dipatuk oleh ular yang dia letakkan sendiri.

Oleh itu, ingin saya mulakan blog saya dengan lafaz bismillahirahmanirrahim.

wasalam. 

No comments:

Post a Comment