Sunday 9 October 2011

Rakan sejati, aku masih menanti..


Assalammualaikum.

Bukanlah luahan hati atau perasaan yang kali ini ingin dicoretkan. Cuma apa yang akan dikongsikan pada kali ini adalah kepercayaan yang sampai kini masih dipegang dan tidak ada lagi yang mengubah. Banyak-banyak nasyid, saya cuma kurang gemar mendengar lagu-lagu yang bertemakan rakan sejati antaranya lagu yang bertajuk akrab persahabat yang dinyanyikan oleh In team, sahabat sejati oleh kumpulan UNIC, Teman sejati yang didendangkan oleh kumpulan nasyid brothers dan lain-lain lagi.
Sampai kini saya masih lagi kurang percaya akan wujudnya ‘kawan sejati’ atau ‘sahabat sejati’ dalam akhir zaman ini. Bukan bermaksud ingin menyangkal kewujudan seorang sahabat yang sejati terhadap rakannya yang lain Cuma di zaman sekarang payahnya untuk mencari rakan yang benar-benar sejati dan bersahabat kerana iman atau ilahi.

Menyoroti kisah-kisah rasulullah membuat saya memikirkan bahawa beruntungnya rasulullah disebabkan  dikelilingi dan dikurniakan sahabat-sahabat yang sejati. Antara kisah persahabatan yang hebat yang pernah didengari adalah kisah sewaktu hijrah ke Madinah yang mana pada mulanya rasulullah berhijrah hanya bertemankan saidina Abu Bakar atau gelarannya As-Siddiq(yang membenarkan).  Sedang Abu Bakar berehat dan rasulullah cendera dalam sebuah gua, menyusur seekor ular dari satu lubang. Abu Bakar yang sedang melihat menutup lubang itu dikhuatiri rasulullah yang sedang nyenyak itu akan dipatuk. Abu Bakar menahan kesakitan gigitan ular sehingga menitis air mata ke pipi rasulullah sehinggakan membuat rasulullah terjaga dari tidur.  

Tingginya nilai persahabatan dan cinta yang Abu Bakar ada terhadap rasulullah. Apa yang saya harapkan yang suatu hari nanti Tuhan juga akan mengurniakan rakan seperti ini yang boleh membantu mengubah pemikiran atau kepercayaan ku yang kurang percaya akan kewujudan “rakan sejati”. bukanlah kesempurnaan persahabatan yang  diimpikan tapi hanya seorang rakan yang benar-benar ikhlas dalam persahabatan. Akanku terus mencari dan insyaAllah akan dibantu ilahi.

Akhirnya sepertimana dalam hadith ke-13 yang mafhumnya;

Dari Abu Hamzah Anas bin Malik rodhiallohu ‘anhu pelayan Rosululloh sholallahu ‘alaihi wa sallam, dari Nabi sholallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “Tidaklah sempurna keimanan salah seorang di antara kamu sehingga ia mencintai bagi saudaranya (sesama muslim) segala sesuatu yang dia cintai bagi dirinya sendiri.” (HR. Bukhori dan Muslim)




wasalam, 
Qiraf

No comments:

Post a Comment