Thursday 20 October 2011

Sekecil saga sukar dilupa..


Assalammualaikum

Bumi mana tak pernah ditimpa hujan. Setandus mana pun bumi itu tetap akan ditimpa dek hujan. Kita sering menghakimi seseorang dan memaculkan bermacam-macam kecaman atau menghujani mereka dengan hujah-hujah apabila sekali mereka melakukan kesilapan. Kita akan hanya tumpu kepada kesalahannya walhal kita tidak sedar yang individu yang kita kecami, yang kita benci, di satu sudut atau dimensi yang lain akan ada nilai kebaikkan yang telah mereka lakukan tidak kira lah kebaikkan yang dibuat itu kepada kita atau orang lain..sudah tidak dipandang kebaikkan itu lagi sebaliknya kesilapan yang satu itu menjadi tumpuan.

Adakah memang fitrah manusia atau kita diajar untuk bersikap sebegitu rupa. Mengingatkan saya kepada suatu pepatah melayu yang bebunyi “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Keputihan susu ternoda dek angkara setitik nila. Sudah tidak kelihatan lagi keputihan susu melainkan kita hanya  akan melihat susu yang sudah rosak dek  kerana nila setitik. Konotasi kepada pepatah melayu itu adalah, bahawa kita manusia akan lebih melihat sesuatu perkara yang merosakkan.  Oleh sebab itu kita lebih melihat atau akan hanya lebih tertumpu kepada kesilapan individu lain. Tidak akan dipandang lagi segala kebaikkan yang dibuat sebelumnya atau selepasnya. Implikasi dari itu, mereka yang ingin berubah atau ingin kembali ke pangkal jalan akan terbantut niatnya kerana dihujani pelbagai cemuhan demi cemuhan. Mereka akan disindir, dituduh berpura-pura dan hanyalah sebuah lakonan apabila mereka ingin melakukan satu kebaikkan selepasnya. Keikhlasan mereka akan diragui.

Kalau kita lihat dari bucu yang lain, jika seseorang itu telah banyak berbakti kepada kita sendiri, tidak terlintaskah kita di dasar fikiran yang kita ini tergolong dalam kelompok manusia yang tidak mengenang budi. Hanya kerana satu kesilapan  mengapa sukar untuk kita memaafkan dan mengapa pula kita tidak membantu  memperbaiki kesilapan mereka. Lain pula yang kita lakukan, kita hanya akan melihat dan mengecami kesilapan yang mereka lakukan. Boleh dikatakan, kebaikkan-kebaikkan mereka itu telah dikabuskan dengan kesilapan mereka yang satu itu.

Analogi yang lain yang boleh di gambarkan dalam situasi ini adalah, cuba lihat pada gambar di bawah. Tumpukan perhatian selama 30 saat pada titik di tengah bulatan biru.





Adakah hilang bulatan biru dari pandangan anda? Begitu jugalah situasi yang ingin saya gambarkan. Kita apabila tertumpu sahaja pada satu noktah hitam pasti tidak kelihatan lagi bulatan biru disekelilingnya walaupun bulatan biru itu lebih besar dan lebih jelas pada awalannya. Noktah hitam itu boleh diibaratkan kesilapan yang satu dan bulatan biru itu boleh diibaratkan kebaikkan.

Kepada yang telah melakukan kesilapan janganlah berasa putus asa kerana Allah maha mengetahui dan maha melihat. Janganlah diendahkan penghakiman orang lain terhadap diri kita. Percayalah bahawa Allah sebaik-baik dan searif-arif hakim yang kita ada. Dan percayalah bahawa setiap kebaikkan yang kita lakukan, ada harganya di mata Allah walau sekecil saga.


Sepertimana di dalam Hadis Qudsi yang ertinya :

Satu kebaikan akan diganda sepuluh malah lebih, manakala satu kejahatan tetap dikira satu (tidak diganda) ataupun aku mengampuninya. Sekalipun kamu menemuiKu(selepas ,mati) dengan dosa sebesar bumi tetapi tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu maka Aku akan menemuinya dengan mengampuni dosa sebesar itu.
- Dipetik dari kitab Al-Ittihafat –


Wasalam
Qiraf

No comments:

Post a Comment